Thursday 6 October 2011

EM - 4

Lama sungguh rasa tak jenguk blog ni. Entry kali ni nak kongsi salah satu cara EM-4 dibuat

EM ( Effective Microorganism ) adalah sejenis larutan organik serbaguna yang mengandungi mikrob berfaedah (EM) seperti Asid Laktik Bakteria, Fotosintetik bakteria, Aktinomisit dan Yis.  Gabungan bakteria berfaedah yang berperanan ini akan membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada tumbuhan dan haiwan ianya akan memberikan kesan penggunaan yang lebih efektif serta selamat kepada alam sekitar.


Cara terbaik mengawal bau busuk yang terhasil daripada aktiviti penternakan adalah dengan mengawal proses pembusukan (putrefaction) atau penguraian bahan organik daripada berlaku. Probac menggalakkan pertumbuhan mikrob bermanafaat yang bertindak mengawal proses pembusukan ini dari berlaku. Penternakan biasa diketahui menghasilkan ammonia. Paras gas ammonia sebegini boleh menyebabkan tekanan(stress), menyebabkan penyakit sistem pernafasan serta membakar tapak kaki, dada ternakan dan buta mata. Malahan dengan masalah yang berkenaan, Kadar Pertukaran Makanan(FCR) menjadi tidak cekap dan akhirnya merugikan penternak. Paras ammonia yang terlalu tinggi boleh menjadi toksik dan beracun kepada ternakan. Secara purata penternakan unggas menghasilkan paras ammonia yang tinggi iaitu sekitar 25ppm.

Langkah pertama bagi menghasilkan persekitaran yang sihat untuk ternakan adalah dengan menurunkan atau menghapuskan gas ammonia. EM-4 bermanafaat secara semulajadi bertindak secara langsung dalam menguraikan ammonia. Persekitaran rumah ternakan yang menggunakan EM-4 didapati berjaya mengurangkan paras ammonia terendah mencapai 0ppm dan bagi keadaan biasa adalah pada paras 5ppm. Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan EM-4 bertindak ke atas najis ternakan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang peyebaran penyakit berbahaya.

Penggunaan EM-4 secara berjadual dengan mudah berjaya mengatasi pelbagai masalah.Ia meningkatkan pengeluaran, mengurangkan kematian, dan seterusnya keuntungan. Penyemburan melalui nozzle(misting spray) secara layang tidak menyebabkan kebasahan dan menghilangkan bau busuk dan mengurangkan lalat secara serta merta.

Aplikasi kali pertama:
1) Bersihkan dan basuh reban.

2) Sembur atau basuh reban dengan Probac pada kadar 1:50( 1ml em4 :50 ml air 
 tanpa klorin) setiap 7-10hari.

3) Spray EM-4 di atas habuk kayu (litter) atau tempat tidur ternakan(samaada lerai atau
 keras)
4) Jumlah EM-4 bergantung kepada saiz reban dan umur ternakan.


KEBAIKAN PENGGUNAAN EM


1. Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibioti


2.Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan

3.Produk yang mesra alam

4.Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman


5.Mudah digunakan


6.Menghilangkan bau ammonia


7.Megurangkan pembiakan lalat


8.Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)


9.Penghasilan baja organik atau kompos

PENGGUNAAN EM UNTUK…..

1. Semburan pada luar dan dalam reban (spraying within shed)

2. Air minuman (drinking water)

3. Makanan (feed)

4. Tempat pijak atau tempat tidur (animal bedding)

5. Rawatan kolam takungan najis

SUKATAN...
Air minuman : 1ml (EM4) : 200ml (air) @ 120ml (EM4) : 1.5 liter (air)
Semburan    :  1ml (EM-4) : 50ml (air)

Harga EM-4 :
500ml - RM 13.00 18.00 termasuk kos pos
1 liter  - RM  21.00   26.00 termasuk kos pos
harga berubah kerana harga di pejabat pos berubah.










UNTUK TEMPAHAN PRODUK EM-4 BOLEH TERUS SMS
ALAMAT KUANTITI DAN NAMA KE 012 936 5859


Monday 1 August 2011

KENANGAN RIH

Lama betul tak poskan aktiviti RiH dalam blog ni sebab skang sibuk sikit la tambah bakal timah cahaya mata pertama. Semalam RiH telah menjual 3 ekor ND RiH kepada buyer dari Seremban. Antaranya :

LEO


TED


NETHERLILY
Di harap mereka semua akan lebih bahagia disana. Kini RiH dapat lebih menumpukan untuk membiakkan baka 3 Gen yang RiH miliki kini iaitu BBerry Terry dan BBerry Teddy. Di Harap dengan tumpuan lebih kepada 2 ekor ni RiH akan dapat membiakkan ND yang berkualiti.

Thursday 30 June 2011

Kebaikan Coca Cola untuk dinikmati bersama

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.
rakyat amerika pon ban minuman ni sejak dulu lagi.... but us? our money keep them alive and rich, up until now.... and some of the profits are given to the Israeli for war in Palestine... drinking it, was like killing yourself softly, and killing the Palestinian brutally.. Nauzubillah~

Wednesday 15 June 2011

CLEARANCE (SOLD)




Buat pertama kali RiH nak Open sale ND RiH. RiH jual sebab nak clearance stok ND tempatan sebab RiH nak cuba pergi jauh sikit dengan menjaga ND import dari US. So kepada berminat harga boleh dirunding.

Harga permulaan : RM 250
Umur                 : 11 bulan
Makana Ruji       : Bengy & Alfafa
No hp                : 012 936 5859

Tuesday 7 June 2011

Allen dan Terry




Komen Allen pada Terry : Very pretty eye, good head, good body type even colour.
Terry terpaksa masuk ke local breeder kerana masalah kuku. Tahun depan Terry akan masuk kategori
ARBA.


Walaupun tak menang tapi tetap puas hati dengan komen Allen dan dapat jumpa owner2 blog yang slama ni kenal dalam maya sahaja.

Kepada semua owner2 rabbit tahun depan kita jumpa lagi. Good Luck for all.
                                     

Tuesday 3 May 2011

AHLI BARU

As salam

- RiH kini telah menjadi lebih2 ceriah dan meriah dengan penambahan lagi ND RiH yang baru je semalam RiH beli dari B.Berry.

- warna : REW
- Mata  : Merah betul (mcm mata hantu)
- Nama : B.Berry Teddy
- Sex    : Doe
-Reason pembelian : Akan dijadikan makwe B.Berry Terry (Sable Marten + Rew) apa macam match x.

- Rumah RiH semalam dah jadi mcm pesta mentatoo telinga lak sbb semua memba2 RiH datang utk buat tatoo dengan B.Berry termasuh Terry dan Teddy



comel sangat sampai jiran sebelah berkenan


Tuesday 12 April 2011

WAJAH-WAJAH PENGHUNI RiH


kenangan bersama Leo & Leah
Kontot je aku dulu tp skang pn kontot lg



ini pellet aku yg punya

klu nak pellet ne g suh tuan korang beli



 

sorang2 je aku main kat taman skang ne tanpa Leah


apa lah nasib Leah disana











apa daa mlm2 buta ne amik gambar

  

xpela posing jap sian tuan aku













Dia main kat taman aku main kat tangga

ne la kasut bata yg baru tuan aku belikn tu