Thursday 6 October 2011

EM - 4

Lama sungguh rasa tak jenguk blog ni. Entry kali ni nak kongsi salah satu cara EM-4 dibuat

EM ( Effective Microorganism ) adalah sejenis larutan organik serbaguna yang mengandungi mikrob berfaedah (EM) seperti Asid Laktik Bakteria, Fotosintetik bakteria, Aktinomisit dan Yis.  Gabungan bakteria berfaedah yang berperanan ini akan membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada tumbuhan dan haiwan ianya akan memberikan kesan penggunaan yang lebih efektif serta selamat kepada alam sekitar.


Cara terbaik mengawal bau busuk yang terhasil daripada aktiviti penternakan adalah dengan mengawal proses pembusukan (putrefaction) atau penguraian bahan organik daripada berlaku. Probac menggalakkan pertumbuhan mikrob bermanafaat yang bertindak mengawal proses pembusukan ini dari berlaku. Penternakan biasa diketahui menghasilkan ammonia. Paras gas ammonia sebegini boleh menyebabkan tekanan(stress), menyebabkan penyakit sistem pernafasan serta membakar tapak kaki, dada ternakan dan buta mata. Malahan dengan masalah yang berkenaan, Kadar Pertukaran Makanan(FCR) menjadi tidak cekap dan akhirnya merugikan penternak. Paras ammonia yang terlalu tinggi boleh menjadi toksik dan beracun kepada ternakan. Secara purata penternakan unggas menghasilkan paras ammonia yang tinggi iaitu sekitar 25ppm.

Langkah pertama bagi menghasilkan persekitaran yang sihat untuk ternakan adalah dengan menurunkan atau menghapuskan gas ammonia. EM-4 bermanafaat secara semulajadi bertindak secara langsung dalam menguraikan ammonia. Persekitaran rumah ternakan yang menggunakan EM-4 didapati berjaya mengurangkan paras ammonia terendah mencapai 0ppm dan bagi keadaan biasa adalah pada paras 5ppm. Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan EM-4 bertindak ke atas najis ternakan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang peyebaran penyakit berbahaya.

Penggunaan EM-4 secara berjadual dengan mudah berjaya mengatasi pelbagai masalah.Ia meningkatkan pengeluaran, mengurangkan kematian, dan seterusnya keuntungan. Penyemburan melalui nozzle(misting spray) secara layang tidak menyebabkan kebasahan dan menghilangkan bau busuk dan mengurangkan lalat secara serta merta.

Aplikasi kali pertama:
1) Bersihkan dan basuh reban.

2) Sembur atau basuh reban dengan Probac pada kadar 1:50( 1ml em4 :50 ml air 
 tanpa klorin) setiap 7-10hari.

3) Spray EM-4 di atas habuk kayu (litter) atau tempat tidur ternakan(samaada lerai atau
 keras)
4) Jumlah EM-4 bergantung kepada saiz reban dan umur ternakan.


KEBAIKAN PENGGUNAAN EM


1. Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibioti


2.Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan

3.Produk yang mesra alam

4.Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman


5.Mudah digunakan


6.Menghilangkan bau ammonia


7.Megurangkan pembiakan lalat


8.Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)


9.Penghasilan baja organik atau kompos

PENGGUNAAN EM UNTUK…..

1. Semburan pada luar dan dalam reban (spraying within shed)

2. Air minuman (drinking water)

3. Makanan (feed)

4. Tempat pijak atau tempat tidur (animal bedding)

5. Rawatan kolam takungan najis

SUKATAN...
Air minuman : 1ml (EM4) : 200ml (air) @ 120ml (EM4) : 1.5 liter (air)
Semburan    :  1ml (EM-4) : 50ml (air)

Harga EM-4 :
500ml - RM 13.00 18.00 termasuk kos pos
1 liter  - RM  21.00   26.00 termasuk kos pos
harga berubah kerana harga di pejabat pos berubah.










UNTUK TEMPAHAN PRODUK EM-4 BOLEH TERUS SMS
ALAMAT KUANTITI DAN NAMA KE 012 936 5859